Friday, 1 June 2012

akhirnya....pencarian berakhir...

mahalnya...!!!!!
ini lah ayat saya setiap kali saya pergi survey ke butik pengantin, terlalu mahal mahal dan sangat mahal. tapi apa boleh buat zaman sekarang segala-galanya memerlukan duit, nak cantik duit pun cantik hohohohoho..

bila pergi ke butik sini,
sudah berkenan dengan baju, make up pula macam tepung gomak.
bila pergi ke butik sana,
sudah berkenan dengan make up, baju pula ala-ala zaman dulu kala.
bila pergi ke butik situ,
baju memang superb, make up memang cantik, tapi kenapa pula banyak hidden charge???

hidden charge yang di kenakan sangat melampau.
contohnya, kalau nak kerusi ini, kena tambah duit, nak baju ini, kena tambah duit, nak pelamin macam ini, kena tambah duit, aiyooooo...tak akan mak andam saja nak cecah hampir setengah 10K kot??? matilah saya kalau macam gini..hohoho...tidak kahwin lah saya hehehe..

tanpa putus asa, saya meneruskan pencarian butik pengantin, kalau boleh tak nak lah terlalu mahal kerana bukan nak pakai selama-lamanya, pakai hanya untuk beberapa jam saja nanti di katakan membazir pula.
 
setelah hampir ke semua butik pengantin yang ada di town senawang saya survey, lihat, bandingkan dan menilai setiap harga yang ada di dalam package mahupun di luar package, akhirnya saya singgah ke butik yang terakhir, butik yang di nama kan ASTANA CINTA

saya mengambil beberapa hari, beberapa minggu, beberapa bulan untuk booking butik pengantin ini
bukan kerana saya seorang yang cerewet, nak yang bagus, nak yang segala-galanya perfect tapi saya cuma inginkan sesuatu yang baik dan berbaloi-baloi.

sebelum ke butik astana cinta ini, saya sudah senarai pendekkan beberapa butik pengantin yang menjadi pilihan di hati. dalam hati berkata ' kalau butik astana cinta ini pun mahal juga, aku pilih jer salah satu butik pengantin yang telah aku senarai pendek tadi '.

tanpa melengahkan masa, saya terus naik ke butik astana cinta ini, setelah melihat, berborak, membandingkan, saya rasa berpuas hati dan terus decide saya nak booking butik ini. hahahahaha. akhirnya butik astana cinta menjadi pilihan di hati.

saya pilih butik ini sebab :
  1. harga yang di tawarkan murah sedikit berbanding butik-butik pengantin yang lain. 
  2. mungkin juga saya melihat make up di butik ini cantik.
  3. baju-baju yang ada boleh tahan
  4. dan yang paling penting saya dah penat sebenarnya hehehehe

untuk membuat satu keputusan tentang di hari bersejarah saya, bukan mudah yang di sangka, bukan untuk terlalu perfect tapi ingin mencari yang terbaik dan paling penting harganya berpatutan.  akhirnya pencarian berakhir. saya sangat harapkan butik yang menjadi pilihan hati ini akan dapat bekerjasama dengan baik dan melaksanakan tugasnya dengan jayanya di majlis perkahwinan saya nanti.amin...!!

satu bab dalam listing ke gerbang perkahwinan sudah settle. banyak lagi bab-bab yang sedang menunggu. aiiiyyoooo.....bukan senang nak kahwin nie. nampak senang tapi sebenarnya tersangat lah rumit.