Monday, 14 May 2012

kenduri kendara dan segala

semalam kami semua menghadirkan diri di majlis perkahwinan ana & fadzrul di kediaman fadzrul di Puchong Perdana. actually, yang kami pergi ini adalah sebelah fadzrul. kami semua di jemput untuk hadir kedua-dua majlis sebelah ana & fadzrul. tapi kami memilih untuk pergi ke majlis sebelah fadzrul kerana sebelah ana jauh di Johor sana. tapi tidak mengapa, kerana kedua-duanya adalah kawan kami sewaktu di Kolej dulu.

ana & fadzrul akhirnya bersatu di dalam ikatan yang sah dan suci di sisi Allah swt dan agama. percintaan mereka yang di sulam dari ketika di Kolej telah membawa kejinjang pelamin. Alhamdulillah. ramai juga kawan-kawan saya yang bertemu jodoh di KPTM ( Kolej Poly-Tech Mara Bangi ). sebab itulah saya dan yang lain, mengelarkan tempat kami menimba ilmu dulu KPTM hebat. kerana tersangat hebat.

seperti biasa, bila di kenduri kahwinlah kita semua berjumpa sahabat-sahabat yang jarang kita ketemu. ramai juga kawan-kawan Kolej yang menghadirkan diri. dalam diam, saya sangat bersyukur dan memuji kawan-kawan di KPTM. kerana mereka sangat sporting, baik hati, dan bermacam-macam lagi. mereka akan cuba menghadirkan diri di majlis perkahwinan kawan-kawan mereka. jemput sahaja, pasti mereka akan datang. so, tidak perlu lagi untuk buat reunion kerana di majlis perkahwinan pun sudah boleh di anggap reunion. semoga sepakat kita kawan-kawan semua membawa berkat.

secara tidak langsung, ini lah peluang saya untuk bertemu bff yang tersayang. rasa tidak puas, rasa tidak cukup, rasa cepat masa berlalu, rasa dan rasa bermacam rasa dalam hati ini. masa sangat mencemburui saya dan bff.

bff saya yang terdiri dari mereka yang sangat becok bila bercerita, yang kecoh bila di mana-mana kami berada, yang sangat memahami bila salah seoarang di timpa masalah, sangat sharing bila dapat tahu berita sensasi dan sangat caring. love my bff so much.

mereka adalah bff-hamimah ( mimah ), bff-asikin ( ikin ), bff-siti wahidah ( wahi ), bff-suliza ( sue ), bff-siti zubaidah ( zue ), bff-ayu darlina ( kak ina ), dan bff-nor mardhiah ( madi ). ini ialah senarai nama bff saya. saja nak menunjuk hahahaha...sebenarnya semua kawan saya adalah bff saya. tapi ini adalah yang terapat. sekian...hehehe..

rasa baru sahaja berjumpa, makan dan bergosip. tiba-tiba masa sudah cukup untuk kami semua beredar dari tempat kejadian. semuanya mengeluh. kenapa sekejap sangat??? tapi nak buat macam mana, masa tidak mengizinkan kita untuk terus berlama.

sabarlah wahai korang semua, semoga Allah swt mengizinkan kita bertemu pada 16 & 17.june.2012 bertempat di Port Dickson Negeri Sembilan. tidak sabar rasanya.

sedikit paparan kenangan bersama pengantin. semalam tidak sempat untuk bergambar bersama pengantin yang betul-betul. so, kami decide bergambar saja bersama banting. hehehe...ok what...!!!

bff tersayang
dari kiri : ikin, kak ina, wahi, sue, saya, pengantin, mimah, zue dan madi


doa saya untuk ana & fadzrul, semoga korang berdua diberkati Allah swt sehingga akhir hayat korang. di murahkan rezeki dan di kurniakan anak yang soleh dan solehah. amin.