sob..sob..sob...
pada 31.march.2012 tamat la sudah
THE FINANCIAL YEAR 2011 for AmBank dan juga diri saya sendiri. bila cerita tentang financial year nie, mesti semua orang tahu bahawa masa untuk mengira untung dan rugi sepanjang tahun. saya tidak lah terlibat untuk mengira untung atau rugi tapi saya terlibat dalam menyumbangkan keuntungan pada bank because of saya adalah
the sales person hohohoho... :-)
sori bos...
I'm failed :-(
saya tersangat sedih kerana tidak dapat buat yang terbaik untuk company, region, diri sendiri dan juga bos saya. as a bos, mestilah bos saya mengharapkan kejayaan pada staffs dia sendiri. tapi saya bukan bagi kejayaan pada bos sebaliknya kegagalan. saya tahu bos kecewa, marah, geram, sakit hati dan bermacam-macam perasaan yang bos rasa, tapi bos tidak pernah marah, herdik, jerit-jerit dekat saya walaupun saya gagal. bos saya sangat baik, beruntung saya memiliki bos sebagai bos saya. tapi percaya lah bos saya dah cuba yang terbaik untuk bos. tapi saya masih gagal..!!!! aaarrrrrggghhhhhh...!!!!
sori bos....
I'm failed again :-(
semalam ketika meeting, saya lihat wajah bos begitu sedih dan kecewa dengan prestasi staffs bos sendiri. saya yang pada mulanya ketawa, sempat bergurau dan bergosip tiba-tiba tersentuh bila bos menceritakan apa yang bos lalui ketika meeting di KL baru-baru ini. biasalah selain mengira untung dan rugi, company atau manager yang lain sedang sibuk meletakkan target yang baru untuk financial for the year 2012. sedih bukan???? baru sahaja close dah open balik sob..sob..tapi saya dapat rasakan yang bos mesti begitu malu mempunyai staffs seperti saya. alahai bos.....kesiannya bos saya..mesti bos malu dengan figure yang staffs bos bagi sepanjang tahun 2011.
sori bos...
I'm failed :-(
semalam selesai sahaja meeting, bos menjemput branch manager Munsyi Abdullah iaitu en.faizal untuk memberi motivation pada kami semua. macam-macam yang en.faizal nasihatkan, ceritakan, gambarkan kepada saya dan rakan-rakan untuk jangan putus asa dan terus berusaha kerana tiada siapa yang boleh mengubah nasib diri sendiri melainkan saya sendiri. apa yang di beri tahu oleh en.faizal saya simpan terus dalam hati. terasa begitu semangat untuk berjaya. syabas en.faizal kerana anda telah pun berjaya..!! saya bangga dan secara tidak langsung saya ingin menjadi macam en.faizal suatu hari nanti bila saya telah menjadi manager..amin...
sedikit kata-kata nasihat dari en.faizal :
- thinking out of box
- jangan jadi macam katak bawah cermin kaca
- sebagai sales person mesti ada ini " After Sale services "
- cari seberapa banyak net working
- hargai customers seperti mengahantarkan kad ucapan selamat hari jadi atau kad perayaan
- no excuse, no reason, no complain
selepas en.faizal memberi motivasi, en.nazri semail sebagai area sales manager untuk lending product juga turut memberi kata-kata semangat pada kami semua.
sedikit kata-kata semangat dari en.nazri semail :
- berusaha. berdoa dan bertawakal
terima kasih banyak-banyak kerana sudi memberi kata-kata perangsang, semangat, nasihat dan memberi tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan. saya akan jadikan kata-kata hikmah ini sebagai satu langkah untuk saya berjaya.
sori bos....
I'm failed failed and failed :-(
bos....setiap hari yang saya lalui saya sentiasa fikirkan bos...
mesti bos sedih bila saya tidak melakukan kerja dengan baik
mesti bos kecewa bila tahu saya tidak melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh
mesti bos marah bila tahu saya mengulau ( curi tulang ) hehehehe
mesti bos gembira bila saya ada submission hari nie
mesti bos bangga sebab hari ini saya dari pagi sehingga petang bekerja
mesti mesti mesti dan mesti bos bangga bila saya berjaya
seperti mana saya yang bercita-cita ingin menjadi manager suatu hari nanti tiba-tiba jadi takut dan patah semangat kerana sekarang nie saya telah mengecewakan bos saya, mana tahu nanti bila saya sudah jadi manager, staffs saya pula yang mengecewakan saya...sob..sob..sob..
bos....
saya akan berusaha lebih berlipat kali ganda dari usaha sekarang untuk menjadi yang terbaik. saya juga bercita-cita untuk mendapat permanent staff pada tahun ini. saya akan beri bos figure yang boleh bos banggakan pada region-region yang lain.
maafkan saya bos... :-(