alhamdulillah.....syukur sangat pada Allah swt...
kerana telah bagi saya jalan dan pertunjuk..
semoga Allah swt memberkati apa yang saya lakukan...amin...!!!
sebelum tue..
saya nak bagi tahu, yang kerja sekarang sebagai Personal Finance Officer yang berstatus contract bukan tak menjamin masa depan atau saya tak bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang nie, ini semua kerana saya ingin yang terbaik dalam hidup saya, selagi peluang ada, saya akan cuba dapatkan demi the whole family tersayang, encik tunang tercinta, dan juga diri sendiri kerana saya terlalu menyayangi mereka semua..sayang sangat sangat dan SANGAT..!!!!!
bermula la kisah kehidupan seorang yang kurang berani untuk mencari kerjaya yang sebenar kah..kah..kah...
katanya hendak menjadi manager suatu hari nanti..semoga impiannya tercapai...amin...
kerjaya di RHB bank
habis sahaja study, saya mengikuti satu program place and training di AEU university di Kuala Lumpur dengan harapan supaya mendapat pekerjaan. so..tidak la saya berasa begitu bosan duduk di rumah, sekurang-kurangnya saya menimba ilmu di perantauan hahahaha..macam lah N9 dan KL tu jauh sangat.
berkat kesabaran saya dan atas pertolongan maksu saya, saya di terima untuk bekerja di RHB bank di Kuala Lumpur as a collection clerk. saya ingat lagi masa nie bulan puasa. maybe rezeki ramadhan, Alhamdulillah. seronok sangat tak terhingga. saya berazam untuk bekerja rajin-rajin.
kerjaya saya di RHB bank bermula pada 1st.september.2009 as a collection clerk. setiap pagi dari pukul 8.45am sehingga pukul 1.00pm. berehat 1 jam sampai pukul 2.00pm. dan bersambung dari pukul 2.00pm sehingga pukul 5.45pm. dan di wajibkan berover time dari pukul 6.00pm sehingga pukul 8.30pm adalah membuat call untuk mengingatkan atau meminta hutang kepada customers yang lambat membayar hutang. as a collector haruslah di marah, di herdik oleh customers. kadang-kadang manusia nie, mereka yang buat salah, orang lain yang baik hati macam saya nie di marah dan di herdik. hohohoho....saya hanya membantu mereka supaya bila dah berhutang, haruslah bayar..!!! aiiiyooooo...memang parah...tapi tak semua customers macam gitu..ada jugak yang baik dan berbudi bahasa bila bercakap, maybe mereka dari golongan nie admit dengan kesalahan mereka.
saya rindu sangat nak sebut... "hello..i'm nisa calling from RHB bank " rindu nie...!!!!!
korang cuba bayangkan, saya yang suka bercakap, bergosip dan hati mudah tersentuh bila kena marah nie, di beri kerja hanya fokus pada telefon, komputer dan customers yang macam angry bird. haaaaa......memang bosan tak ingat. tapi sementara untuk mendapat kerja lain, saya layankan jugak sebab hasil di hujung bulan sangat la lumayan kalau saya rajin berover time hehehe...
bekerja di RHB bank di collection department, banyak ilmu yang saya perolehi, semuanya kerana 1st time. dan di sini juga saya di kelilingi oleh rakan-rakan sekerja yang baik hati, tolong menolong, tidak pentingkan diri sendiri, friendly, memiliki team leader yang sangat bertanggungjawab, memahami, baik hati dan juga boss besar yang sangat sangat sangat baik hati dan pemurah.
berbalik pada cerita yang asal, setelah 6 bulan berkhidmat bersama RHB bank, saya mula bosan kerana saya tak sanggup untuk call, call, call, call, dan terus call. saya tak ada masa untuk bergosip, berketawa dan bergurau-gurau bersama rakan-rakan sekerja. hari-hari yang saya lalui dan buat adalah benda yang sama, bila sampai office haruslah duduk di depan komputer dan tangan haruslah mendail nombor-nombor customer sehingga malam menjelma kalau bekerja lebih masa. ohhhh....sungguh bosan...!!!!!
so..saya mula mencari-cari kerja yang sesuai. akhirnya pakcik saya memberitahu yang di AMbank ada jawatan kosong sebagai Personal Finance Officer. saya mengambil peluang, dan akhirnya saya di terima bekerja di AMbank. sebenarnya bukan lah saya sengaja memilih bank sebagai kerjaya, banyak juga tempat-tempat lain yang saya mohon, tapi rezeki saya di industri banking, so saya terima dengan hati yang seronok.
saya pun membuat keputusan untuk berhenti. jujurnya memang saya sedih sangat untuk meninggalkan...
tempat kerja yang pertama menerima saya bekerja
tempat kerja yang pertama berkongsi ilmu kepada saya
tempat kerja yang pertama memberi saya rasa gaji pertama yang lumayan bila kita berover time
tempat kerja yang pertama mendapat boss, team leader dan rakan-rakan yang baik hati
ALHAMDULILLAH.....
kerjaya harus di teruskan. walaupun sedih dan sayang, demi mengejar cita-cita saya terpaksa juga berhenti..hahahaha..tiba-tiba nak menangis plak bila terkenang tempat kerja lama....rindunya...!!!
pengalaman di RHB bank sangat indah bila dikenang, walaupun hari-hari kena mengadap customers yang macam angry bird tue, sedikit sebanyak ia membuat jiwa saya menjadi lebih kuat untuk menghadapi dan menyelesaikan masalah mereka di luar sana. yang penting, saya tidak menghadapi masalah-masalah dengan seorang diri, kerana saya mempunyai team leader dan rakan-rakan sekerja yang suka menolong. ini yang saya suka sebenarnya, saya kan penakut hahaha...
kerjaya di AMbank
sebab saya menerima tawaran dari AMbank :
- saya dapat balik ke kampung halaman yang berada di Negeri Sembilan dan duduk bersama family tersayang serta meninggalkan Kuala Lumpur yang sangat sibuk..hohoho...
- gaji yang di tawarkan ok juga
- saya tidak perlu menyewa rumah
- kerja yang tak perlu berover time sehingga larut malam
- kerja yang berjalan-jalan mencari mangsa hohoho...bukan mangsa tapi customers
- masa yang flexible
- dan yang paling penting saya boleh bercakap atau berketawa pada bila-bila masa yang saya suka hohohohoho...!!!
sebelum nie tak pernah terfikir pun yang saya akan menjadi seorang sales person yang tak berapa berjaya hahaha..mana taknya, jarang sekali dapat hit target yang boleh mengkagumkan diri sendiri mahu pun boss saya...hehehe..ampun boss..ampun ya...!!!!
ok....nie adalah kerjaya saya sekarang ini sebagai Personal Finance Officer di AMbank yang merah dan kuning menjadi tema kebanggaan hehehe. masuk 7.MARCH.2012 hari tue genap la saya bekerja selama 2 tahun dan masih lagi berstatus contract. haaaaaa.....mana taknya jarang sekali kan nak hit the best figure..hohohoho..haruslah di contract sehingga kini sob..sob..sob...
nak tahu tak macam mana saya boleh bertahan sehingga 2 tahun????
pasti ada sebab bukan????
hohohoho..!!!
sebabnya adalah :
- masa yang flexible
- boleh bersiar-siar di waktu bekerja
- tak terikat dengan sign in dan sign out
- hidup bebas tanpa sebarang kawalan ( tapi end of the month haruslah da figure ok )
- rakan-rakan seperjuangan yang giler-giler
bukan senang nak jadi sales person yang berjaya. memang orang kata duduk bahagian sales best sebab dengan insentif yang banyak bila kita mencapai target. tapi cuba bayangkan bila tak mencapai target??? mestilah insentif tak dapat..huhuhuhu makan basic dan allowance jela. walau apa pun saya tetap bersyukur sebab saya di beri gaji dan kerja.
serious...saya memang tak tahan lagi dalam ini kerja, mahu mencari mangsa tapi tak jumpa, saya betul-betul sudah bosan. patah semangat, kecewa, penat dengan melayan sikap manusia, customers yang menggatal, dan macam-macam lagi. penat yoooo....!!!!!
selagi tak dapat kerja lain, saya tak boleh berhenti. kalau saya berhenti ini bermakna saya kalah dengan kerjaya saya sendiri. sememangnya saya suka bidang sales. maybe dengan AMbank bukan rezeki saya untuk menjadi the best sales person.
so..haruslah saya fikirkan apa yang perlu saya lakukan dan mengambil tindakan yang tak seberapa segera. mencari dan terus mencari kerja yang sesuai bangat dengan diri saya. semestinya la saya ingin menjadi MANAGER 1 hari nanti..amin...!!! itu impian saya... :-)