Friday, 21 September 2012

only 2 weeks

oh my GOD..!!!
takut + berdebar-debar + sangat tak sabar + gemuruh + risau + gembira + sedih
banyakkan perasaan yang saya tengah rasa sekarang

only 2 weeks...
only 2 weeks, InsyaAllah dengan izin NYA, saya akan menamatkan...
zaman bujang saya, zaman kenakalan saya, zaman bersuka ria tidak tentu hala saya hehehe, zaman pemalas saya, zaman bermanja-manja bersama mak dan abah saya, zaman gedik-gedik saya, zaman saya yang suka buang masa hehehe, zaman terjerit terlolong saya hahaha....semua zaman-zaman ini saya kena buang jauh-jauh setelah saya bergelar isteri nanti. InsyaAllah. Amin.

only 2 weeks...
only 2 weeks saya akan bergelar isteri kepada MOHAMMAD IZWAN BIN ZULKAFLI..cinta hati saya yang sudah lama berada dalam hati ini sejak 20.januari.2006 dan terputus di tengah jalan dan continue balik sejak 9.februari.2008 sehingga ke saat ini. Alhamdulillah. semoga cinta kami berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin. walaupun terlalu banyak banyak banyak sangat dugaan dan onak duri yang kami lalui dan tempuhi, akhirnya dengan izin Allah SWT pada 7 OKTOBER 2012 , kami bakal di satukan nanti. InsyaAllah. Amin.

only 2 weeks...
rasa sangat tidak sabar untuk melalui keindahan alam berumah tangga dan sangat takut bila memikirkan mesti dan terlalu banyak dugaan yang harus di tempuh ketika sedang melayari alam itu nanti. semoga segala rintangan dan dugaan, saya boleh hadapi dengan sabar dan kekuatan iman sentiasa berada disisi saya. Amin. segala persiapan juga telah ready, hanya menghitung hari sahaja lagi untuk di akad nikahkan. bila saat ijab dan kabul itu selesai, saya akan sah bergelar isteri. bila sudah menjadi isteri. tanggungjawab pun haruslah setinggi gunung. hahaha...takut bukan????

only 2 weeks...
pada zaman dahulu kala...
  • tidur seorang diri tanpa di temani sesiapa
  • almari baju hanya ada baju saya sahaja, orang lain nak tumpang??? no way...hahaha
  • bila gosok baju, hanya baju sendiri yang saya gosok
  • basuh baju??? mestilah baju saya sahaja yang saya basuh
  • makan pun x perlu nak hidangkan sebab boleh makan seorang diri hehehe
  • saya perlu menjaga mak dan bapa saya sahaja
pada zaman akan datang...
  • tidur sudah ada yang menemani
  • almari baju haruslah berkongsi
  • gosok baju pula sudah jadi double
  • basuh baju semakin bertambah
  • makan??? kena tunggu en.suami, tidak boleh hendak syok sendiri
  • mak dan bapa saya juga bertambah dan perlu memberi perhatian yang samarata supaya tidak berlaku berat sebelah
only 2 weeks...
segala-segalanya akan berubah, berubah kepada zaman yang akan mengajar saya erti untuk menjadi seorang dewasa yang sebenar dan sangat berdikari untuk berpijak di kaki sendiri. walaupun rasa sangat tidak sabar tapi di hati kecil ini, sesungguhnya saya sangat takut dan saya bukan lagi di bawah tanggungan mak dan abah saya, semoga bakal suami saya dapat menjaga dan mendidik saya seperti mana mak dan abah menjaga dan mendidik saya. kepada mak dan abah..kakak tetap anak mak dan abah, walaupun kakak sudah bersuami nanti, mak dan abah tetap champion no 1 di hati kakak.

Friday, 1 June 2012

akhirnya....pencarian berakhir...

mahalnya...!!!!!
ini lah ayat saya setiap kali saya pergi survey ke butik pengantin, terlalu mahal mahal dan sangat mahal. tapi apa boleh buat zaman sekarang segala-galanya memerlukan duit, nak cantik duit pun cantik hohohohoho..

bila pergi ke butik sini,
sudah berkenan dengan baju, make up pula macam tepung gomak.
bila pergi ke butik sana,
sudah berkenan dengan make up, baju pula ala-ala zaman dulu kala.
bila pergi ke butik situ,
baju memang superb, make up memang cantik, tapi kenapa pula banyak hidden charge???

hidden charge yang di kenakan sangat melampau.
contohnya, kalau nak kerusi ini, kena tambah duit, nak baju ini, kena tambah duit, nak pelamin macam ini, kena tambah duit, aiyooooo...tak akan mak andam saja nak cecah hampir setengah 10K kot??? matilah saya kalau macam gini..hohoho...tidak kahwin lah saya hehehe..

tanpa putus asa, saya meneruskan pencarian butik pengantin, kalau boleh tak nak lah terlalu mahal kerana bukan nak pakai selama-lamanya, pakai hanya untuk beberapa jam saja nanti di katakan membazir pula.
 
setelah hampir ke semua butik pengantin yang ada di town senawang saya survey, lihat, bandingkan dan menilai setiap harga yang ada di dalam package mahupun di luar package, akhirnya saya singgah ke butik yang terakhir, butik yang di nama kan ASTANA CINTA

saya mengambil beberapa hari, beberapa minggu, beberapa bulan untuk booking butik pengantin ini
bukan kerana saya seorang yang cerewet, nak yang bagus, nak yang segala-galanya perfect tapi saya cuma inginkan sesuatu yang baik dan berbaloi-baloi.

sebelum ke butik astana cinta ini, saya sudah senarai pendekkan beberapa butik pengantin yang menjadi pilihan di hati. dalam hati berkata ' kalau butik astana cinta ini pun mahal juga, aku pilih jer salah satu butik pengantin yang telah aku senarai pendek tadi '.

tanpa melengahkan masa, saya terus naik ke butik astana cinta ini, setelah melihat, berborak, membandingkan, saya rasa berpuas hati dan terus decide saya nak booking butik ini. hahahahaha. akhirnya butik astana cinta menjadi pilihan di hati.

saya pilih butik ini sebab :
  1. harga yang di tawarkan murah sedikit berbanding butik-butik pengantin yang lain. 
  2. mungkin juga saya melihat make up di butik ini cantik.
  3. baju-baju yang ada boleh tahan
  4. dan yang paling penting saya dah penat sebenarnya hehehehe

untuk membuat satu keputusan tentang di hari bersejarah saya, bukan mudah yang di sangka, bukan untuk terlalu perfect tapi ingin mencari yang terbaik dan paling penting harganya berpatutan.  akhirnya pencarian berakhir. saya sangat harapkan butik yang menjadi pilihan hati ini akan dapat bekerjasama dengan baik dan melaksanakan tugasnya dengan jayanya di majlis perkahwinan saya nanti.amin...!!

satu bab dalam listing ke gerbang perkahwinan sudah settle. banyak lagi bab-bab yang sedang menunggu. aiiiyyoooo.....bukan senang nak kahwin nie. nampak senang tapi sebenarnya tersangat lah rumit.

Monday, 14 May 2012

kenduri kendara dan segala

semalam kami semua menghadirkan diri di majlis perkahwinan ana & fadzrul di kediaman fadzrul di Puchong Perdana. actually, yang kami pergi ini adalah sebelah fadzrul. kami semua di jemput untuk hadir kedua-dua majlis sebelah ana & fadzrul. tapi kami memilih untuk pergi ke majlis sebelah fadzrul kerana sebelah ana jauh di Johor sana. tapi tidak mengapa, kerana kedua-duanya adalah kawan kami sewaktu di Kolej dulu.

ana & fadzrul akhirnya bersatu di dalam ikatan yang sah dan suci di sisi Allah swt dan agama. percintaan mereka yang di sulam dari ketika di Kolej telah membawa kejinjang pelamin. Alhamdulillah. ramai juga kawan-kawan saya yang bertemu jodoh di KPTM ( Kolej Poly-Tech Mara Bangi ). sebab itulah saya dan yang lain, mengelarkan tempat kami menimba ilmu dulu KPTM hebat. kerana tersangat hebat.

seperti biasa, bila di kenduri kahwinlah kita semua berjumpa sahabat-sahabat yang jarang kita ketemu. ramai juga kawan-kawan Kolej yang menghadirkan diri. dalam diam, saya sangat bersyukur dan memuji kawan-kawan di KPTM. kerana mereka sangat sporting, baik hati, dan bermacam-macam lagi. mereka akan cuba menghadirkan diri di majlis perkahwinan kawan-kawan mereka. jemput sahaja, pasti mereka akan datang. so, tidak perlu lagi untuk buat reunion kerana di majlis perkahwinan pun sudah boleh di anggap reunion. semoga sepakat kita kawan-kawan semua membawa berkat.

secara tidak langsung, ini lah peluang saya untuk bertemu bff yang tersayang. rasa tidak puas, rasa tidak cukup, rasa cepat masa berlalu, rasa dan rasa bermacam rasa dalam hati ini. masa sangat mencemburui saya dan bff.

bff saya yang terdiri dari mereka yang sangat becok bila bercerita, yang kecoh bila di mana-mana kami berada, yang sangat memahami bila salah seoarang di timpa masalah, sangat sharing bila dapat tahu berita sensasi dan sangat caring. love my bff so much.

mereka adalah bff-hamimah ( mimah ), bff-asikin ( ikin ), bff-siti wahidah ( wahi ), bff-suliza ( sue ), bff-siti zubaidah ( zue ), bff-ayu darlina ( kak ina ), dan bff-nor mardhiah ( madi ). ini ialah senarai nama bff saya. saja nak menunjuk hahahaha...sebenarnya semua kawan saya adalah bff saya. tapi ini adalah yang terapat. sekian...hehehe..

rasa baru sahaja berjumpa, makan dan bergosip. tiba-tiba masa sudah cukup untuk kami semua beredar dari tempat kejadian. semuanya mengeluh. kenapa sekejap sangat??? tapi nak buat macam mana, masa tidak mengizinkan kita untuk terus berlama.

sabarlah wahai korang semua, semoga Allah swt mengizinkan kita bertemu pada 16 & 17.june.2012 bertempat di Port Dickson Negeri Sembilan. tidak sabar rasanya.

sedikit paparan kenangan bersama pengantin. semalam tidak sempat untuk bergambar bersama pengantin yang betul-betul. so, kami decide bergambar saja bersama banting. hehehe...ok what...!!!

bff tersayang
dari kiri : ikin, kak ina, wahi, sue, saya, pengantin, mimah, zue dan madi


doa saya untuk ana & fadzrul, semoga korang berdua diberkati Allah swt sehingga akhir hayat korang. di murahkan rezeki dan di kurniakan anak yang soleh dan solehah. amin.



Sunday, 29 April 2012

hati yang rapuh

bila hati memberontak
bila hati menguasai kemarahan
bila hati tak tenang
bila hati mula merasakan benci
akal akan bertindak mengikut kata hati
bila ikut kata hati pasti akan mati
itu la peribahasa orang melayu

perkara ini semua tak pernah lari dari diri saya sendiri, bila marah saja, saya mula lah nak buat sesuatu tanpa berpikir panjang kerana terlalu mengikut kata hati yang sedang marah.

haiiishhh la hati nie, susah sangat nak berfikiran positif, sangat rapuh bila di beri ujian atau dugaan. bila di beri motivasi, barulah tersedar dari mimpi, tapi bila lama-lama, motivasi yang di beri berlalu begitu sahaja.

saya ingin dan terlalu inginkan hati yang bersih dan suci. 
boleh ke saya memiliki hati seperti itu???? 
mesti boleh kan bila kita sentiasa memaafkan kesalahan orang, berfikiran positif, jauhi hasrat dengki, cemburu, dendam, dan marah.
saya akan cuba...!!!
bila hati kita bersih, kita akan terhindar dari melakukan perkara yang buruk atau jahat.

saya sangat suka lagu ini, lagu ini sedikit sebanyak memberi motivasi pada hati saya yang rapuh ini. sesungguhnya saya hamba yang tak pernah lari dari melakukan kesilapan, saya hamba yang sangat lemah.


detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka
tangis dan tawa
tergores bagai lukisan
seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidupku
meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa hanyalah padaMu
maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

lagu : rapuh
penyanyi : opick

maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMu, dalam dadaku harap hanya  
DIRIMU YANG BERTAHTA..!!!!!!!

Tuesday, 24 April 2012

besday my yayang vs 1st anniversary for engagement..!!!

hari ini hari yang sangat istimewa bagi saya kerana ada 2 perkara penting yang berlaku pada tarikh ini 24.04.2012 yang berlainan waktu tahun dan hari iaitu besday my yayang dan hari di mana saya menjadi tunang kepada my yayang..hehehe..!!! senang sikit saya nak ingat anniversary dan besday en.tunang. maklumlah saya nie pelupa sikit huhuhu. so...bila ingat besday en.tunang ingat anniversary for engagement, bila ingat anniversary for engagement haruslah saya ingat besday en.tunang hohoho...!! bijak bukan???? hehehehe...

malam tadi saya keluar bersama en.tunang untuk meraikan hari yang bersejarah ini. pada mulanya saya yang nak belanja en.tunang makan sebab besday boy, tapi sudah terbalik pula bila en.tunang yang belanja saya makan. kata en.tunang " awak simpan duit awak tue, jangan membazir " hohohohohooooo...baik sungguh hati en.tunang saya nie. so..tak jadi saya nak belanja en.tunang. saya cuma memberi hadiah hari jadinya sahaja. ok la..saya ingin nyanyikan lagu hari jadi untuk en.tunang....

hepi besday to you..!!
hepi besday to you..!!
hepi besday to my yayang...!!!!
hepi besday to you..!!

wish from me..!!!
semoga awak di murahkan rezeki
semoga awak di berkati oleh Allah swt
semoga awak berjaya dalam hidup di dunia dan di akhirat
semoga awak menjadi anak dan menantu ( insyaAllah pada 7.10.2012 ) yang soleh
semoga awak di beri yang terbaik dalam hidup ini
amin..!!

 and

1st anniversay for engagement kita..!!!! :-)

wish from me...!!!
semoga hubungan kita di berkati dan di redhai Allah swt di dunia dan di akhirat
semoga hubungan kita kekal hingga akhir hayat
semoga hubungan kita di penuhi dengan rasa cinta, kasih sayang yang melimpah ruah
semoga awak menjadi suami yang terbaik untuk orang supaya dapat membimbing orang ke jalan yang Allah swt redhai 
semoga awak sabar dalam mendidik orang nanti...
amin...!!

Alhamdulillah....!!!
sangat sangat sangat bersyukur dengan limpahan kasih sayang dari orang-orang sekeliling untuk diri saya yang sangat kerdil di sisi Allah swt. semoga kasih sayang yang saya miliki sekarang ini akan kekal hingga ke akhir hayat saya. amin...

Friday, 13 April 2012

interview again

semalam sedang sibuk-sibuk dengan kerja sendiri di meja sendiri di office sendiri, tiba-tiba siti bagi tahu di CIMB bank ada walk in interview bertempat di KL. pada mulanya macam malas nak pergi sebab post yang di tawarkan tue BDC sales executive - foreign exchange. actually tak berapa faham sangat dengan tugasan sebagai BDC sales executive nie.

alo........tak kan sales lagi?????
kenapa la career saya nie tak boleh lari dari sales???
kenapa bila kosong je sales??? bila sales je kosong???
kenapa job yang di tawarkan mesti sales???
kenapa tak processing ke? operation ke? manager ke?? hehehe sempat lagi berangan...
kenapa..kenapa...dan kenapa ek???? hehehe

pada mulanya memang tak nak pergi...
sebab masa siti bagi tahu pun jam sudah menunjukkan ke angka 12.00pm
sedangkan interview bermula pada pukul 9.00am sehingga pukul 4.00pm
sempat ke nak sampai before pukul 4.00pm???
tapi bila siti ajak teman jugak dia pergi, saya pun dengan sendiri terbuka hati untuk mencuba. mana la tahu dapat kan..hehehe..
so...dengan keputusan yang di buat tak sampai beberapa jam, saya dan siti pun bertolak dari seremban menaiki bas suasana edaran. masa tue jam menunjukkan pukul 1.00pm.

akhirnya kami sampai juga di KL tepat pada masanya, dengan hati yang berdebar-debar kami teruskan perjalanan. 
macam biasa bila interview nie haruslah mengisi borang dan menunggu itu adalah harus hehehe
hati saya ketika ini tidak berasa takut sangat, maybe ini walk in interview. wah....macam poyo je bunyi kan??? hahaha..tapi ini la yang saya rasa berbanding dengan interview yang company panggil direct terus pada saya.

tunggu punya tunggu, akhirnya saya di panggil juga
hahahaha.....macam biasa saya punya english not soooooo gooooood..huhuhu sadis bukan????
so haruslah saya merepek di dalam bilik interview tue. bercakap in english bercampurkan versi melayu hahahaha.....

saya memang tidak berharap sangat kerana saya sedar akan diri ini kerana bila saya keluar sahaja saya tidak terpilih untuk pergi ke second interview..
so..di sini saya sudah tahu bagaimana kedudukan saya hehehe
walau apa pun yang berlaku, saya tetap bersyukur kerana di beri peluang untuk menghadirkan diri interview di CIMB bank...
sekurang-kurangnya saya mendapat ilmu dan boleh menambahkan pengalaman walaupun tidak terpilih untuk berkhidmat dengan CIMB bank

Saturday, 7 April 2012

sori bos...I'm failed :-(

sob..sob..sob...
pada 31.march.2012 tamat la sudah THE FINANCIAL YEAR 2011 for AmBank dan juga diri saya sendiri. bila cerita tentang financial year nie, mesti semua orang tahu bahawa masa untuk mengira untung dan rugi sepanjang tahun. saya tidak lah terlibat untuk mengira untung atau rugi tapi saya terlibat dalam menyumbangkan keuntungan pada bank because of saya adalah the sales person hohohoho... :-)

sori bos...
I'm failed :-(
saya tersangat sedih kerana tidak dapat buat yang terbaik untuk company, region, diri sendiri dan juga bos saya. as a bos, mestilah bos saya mengharapkan kejayaan pada staffs dia sendiri. tapi saya bukan bagi kejayaan pada bos sebaliknya kegagalan. saya tahu bos kecewa, marah, geram, sakit hati dan bermacam-macam perasaan yang bos rasa, tapi bos tidak pernah marah, herdik, jerit-jerit dekat saya walaupun saya gagal. bos saya sangat baik, beruntung saya memiliki bos sebagai bos saya. tapi percaya lah bos saya dah cuba yang terbaik untuk bos. tapi saya masih gagal..!!!! aaarrrrrggghhhhhh...!!!!

sori bos....
I'm failed again :-(
semalam ketika meeting, saya lihat wajah bos begitu sedih dan kecewa dengan prestasi staffs bos sendiri. saya yang pada mulanya ketawa, sempat bergurau dan bergosip tiba-tiba tersentuh bila bos menceritakan apa yang bos lalui ketika meeting di KL baru-baru ini. biasalah selain mengira untung dan rugi, company atau manager yang lain sedang sibuk meletakkan target yang baru untuk financial for the year 2012. sedih bukan???? baru sahaja close dah open balik sob..sob..tapi saya dapat rasakan yang bos mesti begitu malu mempunyai staffs seperti saya. alahai bos.....kesiannya bos saya..mesti bos malu dengan figure yang staffs bos bagi sepanjang tahun 2011.

sori bos...
I'm failed :-(
semalam selesai sahaja meeting, bos menjemput branch manager Munsyi Abdullah iaitu en.faizal untuk memberi motivation pada kami semua. macam-macam yang en.faizal nasihatkan, ceritakan, gambarkan kepada saya dan rakan-rakan untuk jangan putus asa dan terus berusaha kerana tiada siapa yang boleh mengubah nasib diri sendiri melainkan saya sendiri. apa yang di beri tahu oleh en.faizal saya simpan terus dalam hati. terasa begitu semangat untuk berjaya. syabas en.faizal kerana anda telah pun berjaya..!! saya bangga dan secara tidak langsung saya ingin menjadi macam en.faizal suatu hari nanti bila saya telah menjadi manager..amin...

sedikit kata-kata nasihat dari en.faizal :
  • thinking out of box
  • jangan jadi macam katak bawah cermin kaca
  • sebagai sales person mesti ada ini " After Sale services "
  • cari seberapa banyak net working
  • hargai customers seperti mengahantarkan kad ucapan selamat hari jadi atau kad perayaan
  • no excuse, no reason, no complain
selepas en.faizal memberi motivasi, en.nazri semail sebagai area sales manager untuk lending product juga turut memberi kata-kata semangat pada kami semua.

sedikit kata-kata semangat dari en.nazri semail : 
  • berusaha. berdoa dan bertawakal
terima kasih banyak-banyak kerana sudi memberi kata-kata perangsang, semangat, nasihat dan memberi tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan. saya akan jadikan kata-kata hikmah ini sebagai satu langkah untuk saya berjaya.

sori bos....
I'm failed failed and failed :-(
bos....setiap hari yang saya lalui saya sentiasa fikirkan bos...
mesti bos sedih bila saya tidak melakukan kerja dengan baik
mesti bos kecewa bila tahu saya tidak melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh
mesti bos marah bila tahu saya mengulau ( curi tulang ) hehehehe
mesti bos gembira bila saya ada submission hari nie
mesti bos bangga sebab hari ini saya dari pagi sehingga petang bekerja
mesti mesti mesti dan mesti bos bangga bila saya berjaya

seperti mana saya yang bercita-cita ingin menjadi manager suatu hari nanti tiba-tiba jadi takut dan patah semangat kerana sekarang nie saya telah mengecewakan bos saya, mana tahu nanti bila saya sudah jadi manager, staffs saya pula yang mengecewakan saya...sob..sob..sob..

bos....
saya akan berusaha lebih berlipat kali ganda dari usaha sekarang untuk menjadi yang terbaik. saya juga bercita-cita untuk mendapat permanent staff pada tahun ini. saya akan beri bos figure yang boleh bos banggakan pada region-region yang lain.

maafkan saya bos... :-(

Saturday, 31 March 2012

perjalanan career yang mencabar

hohohohohoho....!!!!!

alhamdulillah.....syukur sangat pada Allah swt...
kerana telah bagi saya jalan dan pertunjuk..
semoga Allah swt memberkati apa yang saya lakukan...amin...!!!

sebelum tue..
saya nak bagi tahu, yang kerja sekarang sebagai Personal Finance Officer yang berstatus contract bukan tak menjamin masa depan atau saya tak bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang nie, ini semua kerana saya ingin yang terbaik dalam hidup saya, selagi peluang ada, saya akan cuba dapatkan demi the whole family tersayang, encik tunang tercinta, dan juga diri sendiri kerana saya terlalu menyayangi mereka semua..sayang sangat sangat dan SANGAT..!!!!!

bermula la kisah kehidupan seorang yang kurang berani untuk mencari kerjaya yang sebenar kah..kah..kah...
katanya hendak menjadi manager suatu hari nanti..semoga impiannya tercapai...amin...

kerjaya di RHB bank

habis sahaja study, saya mengikuti satu program place and training di AEU university di Kuala Lumpur dengan harapan supaya mendapat pekerjaan. so..tidak la saya berasa begitu bosan duduk di rumah, sekurang-kurangnya saya menimba ilmu di perantauan hahahaha..macam lah N9 dan KL tu jauh sangat.

berkat kesabaran saya dan atas pertolongan maksu saya, saya di terima untuk bekerja di RHB bank di Kuala Lumpur as a collection clerk. saya ingat lagi masa nie bulan puasa. maybe rezeki ramadhan, Alhamdulillah. seronok sangat tak terhingga. saya berazam untuk bekerja rajin-rajin.

kerjaya  saya di RHB bank bermula pada 1st.september.2009 as a collection clerk. setiap pagi dari pukul 8.45am sehingga pukul 1.00pm. berehat 1 jam sampai pukul 2.00pm. dan bersambung dari pukul 2.00pm sehingga pukul 5.45pm. dan di wajibkan berover time dari pukul 6.00pm sehingga pukul 8.30pm adalah membuat call untuk mengingatkan atau meminta hutang kepada customers yang lambat membayar hutang. as a collector haruslah di marah, di herdik oleh customers. kadang-kadang manusia nie, mereka yang buat salah, orang lain yang baik hati macam saya nie di marah dan di herdik. hohohoho....saya hanya membantu mereka supaya bila dah berhutang, haruslah bayar..!!! aiiiyooooo...memang parah...tapi tak semua customers macam gitu..ada jugak yang baik dan berbudi bahasa bila bercakap, maybe mereka dari golongan nie admit dengan kesalahan mereka.

saya rindu sangat nak sebut... "hello..i'm nisa calling from RHB bank " rindu nie...!!!!!

korang cuba bayangkan, saya yang suka bercakap, bergosip dan hati mudah tersentuh bila kena marah nie, di beri kerja hanya fokus pada telefon, komputer dan customers yang macam angry bird. haaaaa......memang bosan tak ingat. tapi sementara untuk mendapat kerja lain, saya layankan jugak sebab hasil di hujung bulan sangat la lumayan kalau saya rajin berover time hehehe...

bekerja di RHB bank di collection department, banyak ilmu yang saya perolehi, semuanya kerana 1st time. dan di sini juga saya di kelilingi oleh rakan-rakan sekerja yang baik hati, tolong menolong, tidak pentingkan diri sendiri, friendly, memiliki team leader yang sangat bertanggungjawab, memahami, baik hati dan juga boss besar yang sangat sangat sangat baik hati dan pemurah.

berbalik pada cerita yang asal, setelah 6 bulan berkhidmat bersama RHB bank, saya mula bosan kerana saya tak sanggup untuk call, call, call, call, dan terus call. saya tak ada masa untuk bergosip, berketawa dan bergurau-gurau bersama rakan-rakan sekerja. hari-hari yang saya lalui dan buat adalah benda yang sama, bila sampai office haruslah duduk di depan komputer dan tangan haruslah mendail nombor-nombor customer sehingga malam menjelma kalau bekerja lebih masa. ohhhh....sungguh bosan...!!!!!

so..saya mula mencari-cari kerja yang sesuai. akhirnya pakcik saya memberitahu yang di AMbank ada jawatan kosong sebagai Personal Finance Officer. saya mengambil peluang, dan akhirnya saya di terima bekerja di AMbank. sebenarnya bukan lah saya sengaja memilih bank sebagai kerjaya, banyak juga tempat-tempat lain yang saya mohon, tapi rezeki saya di industri banking, so saya terima dengan hati yang seronok.

saya pun membuat keputusan untuk berhenti. jujurnya memang saya sedih sangat untuk meninggalkan...
tempat kerja yang pertama menerima saya bekerja
tempat kerja yang pertama berkongsi ilmu kepada saya
tempat kerja yang pertama memberi saya rasa gaji pertama yang lumayan bila kita berover time
tempat kerja yang pertama mendapat boss, team leader dan rakan-rakan yang baik hati
ALHAMDULILLAH.....

kerjaya harus di teruskan. walaupun sedih dan sayang, demi mengejar cita-cita saya terpaksa juga berhenti..hahahaha..tiba-tiba nak menangis plak bila terkenang tempat kerja lama....rindunya...!!!

pengalaman di RHB bank sangat indah bila dikenang, walaupun hari-hari kena mengadap customers yang macam angry bird tue, sedikit sebanyak ia membuat jiwa saya menjadi lebih kuat untuk menghadapi dan menyelesaikan masalah mereka di luar sana. yang penting, saya tidak menghadapi masalah-masalah dengan seorang diri, kerana saya mempunyai team leader dan rakan-rakan sekerja yang suka menolong. ini yang saya suka sebenarnya, saya kan penakut hahaha...

kerjaya di AMbank

sebab saya menerima tawaran dari AMbank :
  • saya dapat balik ke kampung halaman yang berada di Negeri Sembilan dan duduk bersama family tersayang serta meninggalkan Kuala Lumpur yang sangat sibuk..hohoho...
  • gaji yang di tawarkan ok juga
  • saya tidak perlu menyewa rumah
  • kerja yang tak perlu berover time sehingga larut malam
  • kerja yang berjalan-jalan mencari mangsa hohoho...bukan mangsa tapi customers
  • masa yang flexible 
  • dan yang paling penting saya boleh bercakap atau berketawa pada bila-bila masa yang saya suka hohohohoho...!!!
kerjaya saya di AMbank adalah membuat marketing untuk mencari customers untuk membuat pinjaman peribadi. tapi hanya untuk kakitangan kerajaan sahaja. yang penting saya bukan AH LONG, tapi saya nak menolong hahahahaha. aiiiiyooo....kali ini lagi mencabar sebab kena face to face dengan customers. saya di beri training dan semestinya target untuk mencari keuntungan bank. tapi ingat...saya bukan agent tapi saya adalah staff AMbank. sebab saya berkata bergitu, sesetengah orang mengangap saya nie agent. hohohoho.....tidak sama sekali..!!!

sebelum nie tak pernah terfikir pun yang saya akan menjadi seorang sales person yang tak berapa berjaya hahaha..mana taknya, jarang sekali dapat hit target yang boleh mengkagumkan diri sendiri mahu pun boss saya...hehehe..ampun boss..ampun ya...!!!!

ok....nie adalah kerjaya saya sekarang ini sebagai Personal Finance Officer di AMbank yang merah dan kuning menjadi tema kebanggaan hehehe. masuk 7.MARCH.2012 hari tue genap la saya bekerja selama 2 tahun dan masih lagi berstatus contract. haaaaaa.....mana taknya jarang sekali kan nak hit the best figure..hohohoho..haruslah di contract sehingga kini sob..sob..sob...

nak tahu tak macam mana saya boleh bertahan sehingga 2 tahun????
pasti ada sebab bukan????
hohohoho..!!!
sebabnya adalah :
  • masa yang flexible
  • boleh bersiar-siar di waktu bekerja
  • tak terikat dengan sign in dan sign out
  • hidup bebas tanpa sebarang kawalan ( tapi end of the month haruslah da figure ok )
  • rakan-rakan seperjuangan yang giler-giler
tapi...bila sampai 1 tahap yang saya sendiri dah tak boleh untuk lakukan, mana taknya dengan target yang tinggi, boss bising suruh cari cari dan terus mencari sales, lepas tue pergi sana pergi sini tapi mendapat feedback yang menghampakan, kecewa bila di permain-mainkan oleh customers, kena marah dengan customers bila loan di reject, kerja dan usaha yang kita buat tidak di hargai oleh orang dan macam-macam lagi. kalau saya senaraikan nie, rasanya tak cukup 1 page hahahaha....

bukan senang nak jadi sales person yang berjaya. memang orang kata duduk bahagian sales best sebab dengan insentif yang banyak bila kita mencapai target. tapi cuba bayangkan bila tak mencapai target??? mestilah insentif tak dapat..huhuhuhu makan basic dan allowance jela. walau apa pun saya tetap bersyukur sebab saya di beri gaji dan kerja.

serious...saya memang tak tahan lagi dalam ini kerja, mahu mencari mangsa tapi tak jumpa, saya betul-betul sudah bosan. patah semangat, kecewa, penat dengan melayan sikap manusia, customers yang menggatal, dan macam-macam lagi. penat yoooo....!!!!!

selagi tak dapat kerja lain, saya tak boleh berhenti. kalau saya berhenti ini bermakna saya kalah dengan kerjaya saya sendiri. sememangnya saya suka bidang sales. maybe dengan AMbank bukan rezeki saya untuk menjadi the best sales person.

so..haruslah saya fikirkan apa yang perlu saya lakukan dan mengambil tindakan yang tak seberapa segera. mencari dan terus mencari kerja yang sesuai bangat dengan diri saya. semestinya la saya ingin menjadi MANAGER 1 hari nanti..amin...!!! itu impian saya... :-)

Thursday, 29 March 2012

20.03.2012 trajedi atau tragis????

sob..sob..sob...
actually...sudah seminggu perkara ini berlaku..
di sebabkan sibuk kot..tak pun malas datang melanda, jadi lambat sikit untuk aku menceritakan..
hehehehe..
pada tarikh di atas..dugaan datang untuk menguji aku...


dalam semangat aku ingin mencari sesuap nasi (skema plak ayat nie) hehehe bersama rakan seperjuangan cik siti meredah panas terik untuk membuat marketing..destinasi pertama adalah JABATAN KASTAM di senawang N9, pas settle di situ kami pun meneruskan destinasi ke JPJ senawang N9, selepas settle semua di sini, berangkat la kami untuk pulang ke office...

so...
bermula citer sedih di sini...
dengan berhati-hati aku pun reverse la kereta untuk kua dari parking, tiba-tiba BOM...!!!!!
alamak...!!!!!!
kereta aku....!!!!
jerit dalam hati je coz mase nie dah panic giler..x tau nak wtpe..!!!!
aku pun masuk balik ke dalam parking dan terus keluar untuk berjumpa dengan orang yang bertanggungjawab di atas kereta aku nie..

aku keluar kereta dengan muka yang sangat geram...
terus melihat keadaan kereta aku..
 alamak....!!!!! lampu belah kiri aku pecah dan ada sedikit calar..!!!!
GERAMnya...!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

tiba-tiba aku terperanjat la plak...
nak tau nape???
sebab...
driver lori tue macam x bape betul..lebih kurang macam terputus satu wayar...hehehe
aku yang pada mulanya marah + geram..
tiba-tiba bertukar menjadi kesian...alahai wahai hati nie cepat betul rasa simpati hehehe
tapi yang peliknya macam mana la company dia boleh percaya dengan si mamat nie untuk bawa lori...ish..ish..ish...

so.....berlaku la cakap-cakap antara aku dan driver lori nie..

driver lori : kenapa tak hon???
me : laaaa........tak kan awak tak nampak saya reverse????
driver lori : saya tak nampak..
me : habis tue macam mana dengan kereta saya nie??
driver lori : @#$%^&* buat muka sengal dan tersenyum-senyum..

tiba-tiba bersuara la wahai cik siti

siti : semuanya dalam rm300.00..
driver lori : rm300.00???

alamak...kesian sangat dengan driver lori nie..tak samapai hati plak rasanya...
so...aku pun bersuara kembali..

me : macam nie la..biar saya call proton dulu dan tanya berapa harga 1 lampu nie.. ( jujur dan baik hati tak saya???? )
tanpa melengah-lengahkan masa, aku terus call proton sambil loud speaker..
cakap itu dan cakap ini..proton pun bagi tahu berapa harga sebiji lampu..
nak tahu harganya???
RM202.02..!! orang proton tue siap sebut yang sen tue lagi..hah..!!!
so...selebihnya yang calar tue aku anggarkan sendiri..
setelah di tolak dan di tambah...aku pun decide untuk minta ganti rugi sebanyak rm300.00..

me : bagi saya rm300.00 je..
dirver lori : saya tak ada duit..dalam purse saya cuma ada rm50.00 je...
me : habis tue macam mana???
driver lori : sekejap....

driver lori tue pun call entah siapa-siapa aku pun tak tahu...
aku dan cik siti tunggu dengan penuh kesabaran dibawah cahaya matahari yang sangat panas..
sambil menunggu..aku dan siti pun berborak-borak...

me : siti..kalau nisa orang kaya, nisa repair je sendiri..kesian la tengok mamat nie, dah la macam tak betul..
siti : nisa jangan nak cepat sangat  kesiankan orang..kalau dia di tempat kita entah macam mana agaknya dia buat kita dan dia mesti tak akan kesian punya dekat kita...
me : erm.......betul la kot....

aduh....lama bangat aku menunggu, ada la dalam 1 jam..
tiba-tiba ada sebuah kereta wira berhenti..keluar saja dari kereta, terus datang dekat aku dan marah-marah ( rupanya driver lori nie call adik dia la plak...!!! ) aku pun sungguh sakit hati la bila tiba-tiba kena marah...!!! tapi dalam masa yang sama aku nak menangis..!!!!! sumpah..aku nak menangis...!!!!!
kurang belajar dan di ajar betul la orang bodoh nie ( haaaa......padan muka kau..sape suruh kau berperangai mcam tue..kan aku dah gelar kau ORANG BODOH..!!!! )

orang bodoh : ala...sama-sama reverse kan???? so..settle la..!!
me : haaaa?????? settle?????? apa ni encik..mana boleh settle..saya tak bersalah..!!!!!!!!!!
orang bodoh : aiks....kan korang sama-sama reverse...parking pun bertentangan ( belakang kereta aku mengadap belakang lori itu )....so lebih kurang je..
siti : ( dengan muka bengang ) mana boleh encik..abang encik yang salah, dia tak nampak kita orang reverse dan dia dah mengaku salah pun, mana boleh lebih kurang ( dalam nada lebih kurang macam orang bodoh nie )
orang bodoh : eh..ko tak boleh nak cakap bebaik ke?????? asal nak tinggi-tinggi kan suara nie??? kurang ajar punya perempuan..!! macam nie la kalau settle dengan perempuan..leceh betul..!!!!!

memang rasa nak bunuh je orang bodoh nie, padahal dia yang start kurang ajar dan cakap tengking-tengking, lepas tue boleh cakap yang siti kurang ajar dan tinggikan suara plak..!! memang jantan tak gentleman langsung..!!!!! mentang-mentang la aku dengan siti je, tak ada lelaki..suka-suka hati kau je nak cakap macam tue..minta settle dan lebih kurang..!!!! memang tak la...!!!!

dalam masanya yang sama aku teringat kata-kata siti tadi, jangan cepat sangat kesian dekat orang, so......memang betul apa yang siti cakap, manusia yang kurang ajar..tak boleh bagi muka...
tapi...
aku perempuan...perasaan takut memang tak boleh lari dalam jiwa nie...
so...menangis la aku di situ kerana terlalu sedih mengenangkan nasib yang aku bakal di tipu...

siti : nisa jangan la nangis..nanti dia ingat kita lemah dan mengaku kalah..
me : nisa sedih la...kenapa dia tengking-tengking dan marah-marah kita...
siti : sabar la nisa..

orang bodoh : macam nie, saya nak cepat nie sebab ada hal...amik no telefon aku, hari sabtu aku settle kan..
me : haaaaa????? amik no telefon then hari sabtu baru nak sttlekan??? macam mana kalau encik menipu???
orang bodoh : alamak perempuan nie...kalau aku dah suruh amik no telefon dulu, amik jela...tak payah la nak banyak cakap...aku tak tipu la...
me : memang dah tak boleh nak sttle sendiri dan menemui jalan yang buntu, aku pun berkata, jup encik..saya nak call tunang saya dulu...

tengok..!!!!! dah makin melarat plak kes nie..kalau boleh aku tak nak libatkan siapa-siapa pun, dan konon-kononnya nak berlajar berdikari..hahahaha...
kesudahannya...memang kena juga libatkan en.tunang..hehehe sorry la awak..!!!!

selepas call, en.tunang kata...tunggu sekejap, sekejap lagi dia sampai...
so...tunggu punya tunggu..datang la wahai en.tunang..
yang aku sakit hati tue...bila ada en.tunang, tahu plak orang bodoh nie cakap bebaik..takut jugak kau...

baru aku sedar, kalau terjadi apa-apa di jalan raya atau di mana-mana haruslah ada lelaki...kalau tak..macam aku la jadinya...!!
si jantan-jantan yang tak berapa gentleman ini, suka mengambil kesempatan atas perempuan yang lemah sikit macam aku ini..lemah sikit je..yang selebihnya kuat ok... :-) hehehe

actually...ada lagi sikit kisah dengan driver lori dan orang bodoh nie..
tapi yang selebihnya tue banyak orang bodoh tue berbincang dengan en.tunang..
aku pun malas nak amik tahu..hehehehe

so.....
kesudahannya, setelah di tolak dan di tambah, lepas tue orang bodoh tue akhirnya mahu ganti lampu kereta aku yang pecah tue..hehehe....yaaaahhhhoooo.......!!!!
selamat duit aku hahahahaha....

p/s : haruslah bijak bila terjadi kes sebegini..jangan cepat sangat nak menangis ( macam aku ) hehehe...

sedikit maklumat yang ingin di kongsikan jika berlakunya kemalangan :
  •  jangan panic
  • jika anda perempuan harus lah telefon orang yang terdekat supaya boleh membantu
  • sila catatkan nombor pendaftaran kereta, lori, bas atau sebagainya
  • amik gambar bahagian kereta yang di langgar atau terlanggar untuk jadikan bahan bukti
  • haruslah report pada polis

Saturday, 25 February 2012

cantiknya...!!!!

nape ek??? 
sejak kebelakangan ni pe yang saya lihat, tengok, intai dan sewaktu dengannya..
kaum hawa di luar sana cantik yang teramat sangat bila menutupi auratnya dengan memakai tudung..
sungguh CANTIK....!!!!!
sungguh besar kuasa MU ya Allah...

pergi sana..
pergi sini..
atau pergi mana-mana bila melihat kaum hawa yang bertudung

berkatalah wahai si hati nie..
cantik tudung orang tue..
cantik la orang tue pakai selendang..
eh..cantik la selendang dia..
eh....dah ramai kan orang yang bertudung sekarang ni..
ya Allah banyaknya tudung yang cantik-cantik..
sejuknya hati bila tengok orang yang pakai tudung nie..

tapi...
lagi bertambah CANTIK bila si pemakai memakai dengan pakaian yang sopan dan bersesuaian dengan ciri-ciri wanita muslimah...
bukan
hanya sekadar untuk menunjuk..

so...
teringin sangat untuk mengikut jejak langkah kaum hawa yang bertudung..
 tapi x tau bila masa, waktu dan hari itu akan tiba..
sungguh x sabar rasanya..
semoga masa, waktu dan hari tue di percepatkan..
amin....

haaa.....diri sendiri bila lagi???
hehehehe...insyaAllah..

Friday, 17 February 2012

kegagalan..!!!

di hari jumaat yang mulia ini..semua orang sibuk dengan hal masing-masing..
sibuk bekerja, sibuk dengan persiapan kahwin maybe, sibuk ngan anak2 dan keluarga...
tapi aku di hari jumaat ini 17/02/2012 terasa sedih sangat bila aku gagal dalam interview di public bank, maybe bukan rezeki aku untuk bekerja dengan public bank...sob..sob..
kecewa sangat sebab aku mengharap sangat supaya aku dapat bekerja di public bank maybe aku dah tak tahan untuk wat sales lagi..tapi bila aku dapat berita permohonan aku gagal dengan public bank..aku pasrah..maybe bukan rezeki aku untuk itu..

untuk sejukkan hati yang lara ini..aku bagi tahu BFF-mimah tentang berita ini, BFF-mimah orang yang pertama tahu..setelah di nasihatkan oleh BFF-mimah..hati ini rasa tenang skit..aku jugak dah bagi tahu my luvly kazen_angah, angah orang kedua tahu dan angah cakap cuba lagi..lepas tue orang ketiga tahu adalah encik tunang..berkata lah wahai encik tunang menyuruh aku kuat kan hati, cuba lagi dan jangan putus asa...
aku nak sangat keje itu sebab banyak benefit yang public bank bagi..terutamanya public bank offer jawatan itu untuk permanent yang aku di AMBANK ini masih lagi contract dan yang paling penting public bank offer bukan untuk sales..itu yang wat aku berharap sangat...

tapi disebalik itu...
aku da terpikir kalo la aku dapat keje nie, mesti aku boleh jumpa si DIA..
sebab si DIA sekarang berada di KL..dia dah minta tukar ke sana..
aku pun bila dapat je interview yang jawatan itu hanya di KL..mula berharap...
tengok....belom dapat niat dah x betul..
so..
dengan niat yang ada terpencong skit tue aku gagal dalam permohonan untuk bekerja di public bank..maybe niat x bape betul...
ini adalah pengajaran supaya bila wat sesuatu atau nak kan sesuatu niat perlu betul..barula ALLAH swt akan tolong..

Monday, 13 February 2012

i don't know how to describe what i feel right now..?????

perasaan yang datang atau berumah kat hati ini kadang-kadang susah nak ditafsir...
kenapa la aku mesti rasa perasaan macam nie..????
gembira + sedih + kecewa + putus harapan + berharap + menyesal + benci = segala-segalanya ada dalam hati menjadi satu...
kenapa mesti aku rasakan ini semua????

kalo GEMBIRA : aku gembira bila BFF-siti wahidah sudah jadi tunangan orang..aku bersyukur BFF-suliza akhirnya cinta bersatu bersama pilihan hatinya syawal rizuan..semoga ikatan yang terjalin kekal hingga akhir hayat..neysa doakan korang bahagia sampai mata terpejam dan bawa cinta itu sampai ke syurga...AMIN...

kalo SEDIH : sedih sangat bila cinta pada seseorang tidak kesampaian..cinta yang dirasakan sangat bermakna kerana cinta yang hadir dalam hati ini tanpa di paksa dan bukan sebab tertentu untuk jatuh cinta lagi..

kalo KECEWA : kecewa sebab tidak dapat memiliki cinta si DIA..biarla cinta di hati ini untuk si DIA di simpan jauh di sudut hati..sesungguhnya CINTA yang datang tanpa diduga ini tidak kesampaian untuk bersatu...

kalo PUTUS HARAPAN : berhenti berharap pada sesuatu yang kita sudah tahu yang kita tidak akan memilikinya...berhenti memikirkan si DIA..teruskan perjuangan untuk hidup ini dan bersyukur dengan apa yang kita sudah ada..hargaila insan yang cinta dan menyayangi kita...

kalo BERHARAP : adakah aku masih berharap supaya cinta itu akan menjadi milik aku???? tamak ke aku kalo inginkan cinta si DIA sedangkan aku sudah ada cinta lain..???? jujurnya hati ini masih berharap untuk memiliki cinta si DIA....

kalo MENYESAL : menyesal sebab mengenali si DIA..kalo la saya tahu mengenali awak adalah perkara yang wat saya jatuh cinta SUMPAH...saya x nak kenal siapa awak...

kalo BENCI : saya benci dengan apa yang saya rasa sekarang ini.....kenapa mesti saya sedih bila tahu awak dah ada someone..saya benci dengan semua itu...saya x kuat untuk itu awak..cinta saya untuk awak...saya x sanggup untuk tahu cinta awak untuk orang lain...pentingkan diri ke saya nie awak???? bukan ke saya nak awak bahagia..saya benci sangat..!!!!!!! saya benci dengan apa yang saya rasa...!!!!!!

banyak perkara yang mengajar aku supaya sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada...hargailah orang-orang yang menyayangi kita..berhenti berharap pada yang bukan untuk kita..cinta tidak semestinya memiliki..cinta juga tidak semestinya bersatu....
belajar menerima hakikat sebenar apa kita inginkan tidak semestinya akan kita dapat sebaliknya belajar la bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang ini...

Saturday, 11 February 2012

kenduri tanpa henti

waaaa......!!!!!!!
tetiba macam nak jerit kuat2....
hehehehe....

hari ini saya rasa gembira sebab sekejap lagi saya akan berjumpa semua bff ( best friend forever ) saya hehehe...sebab sebentar sahaja lagi saya akan bertolak pergi ke kuala selangor beralamat tidak tahu tapi yang saya tahu nama taman je iaitu TAMAN PASIR PENAMBANG untuk menghadirkan diri di majlis pertunangan salah seorang bff saya dengan pilihan hatinya pada esok hari... syukur Alhamdulillah....akhirnya bff-siti wahidah bertemu jodohnya....

even kami semua baru je berjumpa last 2 weeks di hari perkahwinan bff-suliza..tapi windu di hati ini hanya Allah saja yang tahu...korang letak ubat apa ek???? sampai neysa windu giler kat korang????

dalam masa yang sama neysa sedih + gembira sebab sorang-sorang bff saya akan menjadi milik orang...
SEDIH sebab lepas ini mesti masing-masing sibuk dengan keluarga sendiri...
GEMBIRA sebab neysa bahagia bila tengok bff neysa bahagia...
semoga korang semua bahagia di samping keluarga dan pasangan yang tercinta...

1 harapan yang neysa harap..
semoga persahabatan kita semua kekal hingga ke akhir hayat...
korang kawan yang terbaik bagi neysa..susah dan senang kita bersama...korang memang terbaik dalam dunia nie...neysa SAYANG korang...!!!!

Thursday, 19 January 2012

finally I get it..!!!!!!

hehehehehe
sangat bersyukur
teruja
excited
gembira

sebab....
tengah hari tadi..sedang aku duduk-duduk, tiba-tiba telipon aku bunyi-bunyi...bila aku angkat je, aku dapat panggilan dari Public Bank...dia cakap aku dapat interview untuk post Customer Support Officers hehehe...aku punya la seronok.....

sebab...
akhirnya aku dapat interview...!!!! yyyaaaahhhooooo....even baru interview aku sangat gembira...
actually...
aku dah lama x pergi interview...last aku pergi interview tahun 2010 itu pun kat Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk post Sale Executive...tapi bukan rezeki aku untuk berkhidmat ngan BSN...aku x berjaya....sob...sob....

so...
bila dapat je interview..apa lagi....gembira x terkata la wahai hati ini...hehehehe...setelah 1 tahun dah berlalu...baru hari ini aku dapat interview even before ni banyak kot keje-keje yang aku apply...tapi semuanya x berjaya...sob...sob...sob...

tapi...
macam bese la...perasaan berdebar tue memang x boleh lari.....rasa takut mula berumah di hati kecil ku ini...hehehe...x pe..dengan sokongan mak abah, tunangku dan kekawan..aku rasa lebih yakin...aku mesti boleh...cayok..cayok nisa...hehehe..!!!!
 peluang yang ada jgn sia-siakan...aku akan cuba sedaya upaya untuk wat yang terbaik masa interview nanti...hope aku akan dapat position ini...amin....

Tuesday, 10 January 2012

berderainya sekeping hati

tiada lagi harapan...
tiada lagi impian...
tiada lagi angan-angan...
segala kenangan bersamamu akan ku simpan kemas jauh di sudut hati ini....
seperti yang awak pernah cakap kat saya..
"KALAU AWAK BAHAGIA..SAYA GEMBIRA..."
saya jugak begitu.."kalau awak bahagia..saya gembira..."

TAPI...........
kenapa saya bersedih bila mengetahui yang awak sudah ada kekasih????
bukan ke saya nak awak bahagia bersama insan yang awak cintai????
pelik la hati nie...sukar untuk di tafsir walaupun hati sendiri.....

yang saya rase sekarang nie adalah....
sepi tanpa cinta awak...tapi betul ke awak cintakan saya jugak seperti mana saya mencintai awak????
sungguh saya x tahu hati awak..
tapi....
apa yang saya rasa dan lihat..awak jugak mencintai saya..
mungkin di sebabkan jodoh bukan untuk kita dah halangan menjadi penghalang untuk kita sama-sama memiliki cinta sejati itu.....
tapi....
macam mana saya nak lupakan awak????
tiap-tiap hari saya ingat kat awak....
bila saya lihat mesin ATM atau CDM..mesti awak yang saya nampak...
sedih bila tahu yang realitinya awak bukan untuk saya...
bila saya on FB x penah saya lupa untuk update citer awak....
bila saya update..saya balik yang sedih bila tahu yang awak sedang bahagia bersama insan yang awak pilih untuk jadi kekasih....beruntung sungguh wanita itu...

bermulanya tahun 2012 nie..tiada lagi mesej dari awak...life saya sunyi tanpa gangguan dari awak..dulu awak la yang selalu ganggu saya...saya hepi awak..
tapi...
persahabatan yang terjalin antara kita hanya sementara..
kalau la saya tahu berakhirnya hubungan persahabatan kita dengan rasa cinta yang teramat sangat..saya x nak kenal dengan awak..SUMPAH..x nak kenal..
tapi....
siapa lah saya nak melawan ketentuan Allah..
maybe ada hikmah di sebalik cinta saya untuk awak...
maybe Allah ingin menguji sejauh mana kesetiaan dan keimanan saya..
sungguh saya x tahu awak apa yang Allah tentukan untuk kita..
saya manusia yang sangat lemah dan serba kekurangan yang ingin di bimbing ke jalan yang di redhai seperti mana yang semua orang inginkan...

awak....
tahukah awak yang saya sangat mencintai awak?????
tahukah awak yang saya sangat merindui awak?????
tahukah awak yang saya sangat menyayangi awak????
tapi....
awak x pernah tahu....
biar la saya seorang sahaja yang tahu dan saya akan simpan semua ini jauh di sudut hati saya...apa yang saya nak..supaya saya dapat lupakan awak suatu hari nanti...

terima kasih awak....
terima kasih kerana buat saya gembira..
terima kasih kerana buat saya rasa diri ini di hargai..
terima kasih awak kerana sudi berkawan dengan saya...
terima kasih awak kerana sudi menyayangi saya walaupun hanya sementara...
terima kasih awak kerana sudi menegur saya bila saya melakukan kesalahan...
terima kasih awak kerana selalu buat saya ketawa, senyum dan ceria bila bersama awak...
terima kasih awak.....

selama 1 tahun mengenali awak...banyak yang saya belaja..
belaja mencintai orang..
belaja merindui orang...
belaja menghargai orang...
belaja menyayangi orang...

seronoknya bila angan-angan, impian, harapan menjadi kenyataan..
tapi...
x semudah itu...
x pela awak...dengan kehadiran awak yang sementara tue cukup buat saya sangat bahagia....
saya kena terima yang awak bukan untuk saya....
apa yang saya nak..awak BAHAGIA kerana bila awak BAHAGIA..saya GEMBIRA...