Friday, 21 September 2012

only 2 weeks

oh my GOD..!!!
takut + berdebar-debar + sangat tak sabar + gemuruh + risau + gembira + sedih
banyakkan perasaan yang saya tengah rasa sekarang

only 2 weeks...
only 2 weeks, InsyaAllah dengan izin NYA, saya akan menamatkan...
zaman bujang saya, zaman kenakalan saya, zaman bersuka ria tidak tentu hala saya hehehe, zaman pemalas saya, zaman bermanja-manja bersama mak dan abah saya, zaman gedik-gedik saya, zaman saya yang suka buang masa hehehe, zaman terjerit terlolong saya hahaha....semua zaman-zaman ini saya kena buang jauh-jauh setelah saya bergelar isteri nanti. InsyaAllah. Amin.

only 2 weeks...
only 2 weeks saya akan bergelar isteri kepada MOHAMMAD IZWAN BIN ZULKAFLI..cinta hati saya yang sudah lama berada dalam hati ini sejak 20.januari.2006 dan terputus di tengah jalan dan continue balik sejak 9.februari.2008 sehingga ke saat ini. Alhamdulillah. semoga cinta kami berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin. walaupun terlalu banyak banyak banyak sangat dugaan dan onak duri yang kami lalui dan tempuhi, akhirnya dengan izin Allah SWT pada 7 OKTOBER 2012 , kami bakal di satukan nanti. InsyaAllah. Amin.

only 2 weeks...
rasa sangat tidak sabar untuk melalui keindahan alam berumah tangga dan sangat takut bila memikirkan mesti dan terlalu banyak dugaan yang harus di tempuh ketika sedang melayari alam itu nanti. semoga segala rintangan dan dugaan, saya boleh hadapi dengan sabar dan kekuatan iman sentiasa berada disisi saya. Amin. segala persiapan juga telah ready, hanya menghitung hari sahaja lagi untuk di akad nikahkan. bila saat ijab dan kabul itu selesai, saya akan sah bergelar isteri. bila sudah menjadi isteri. tanggungjawab pun haruslah setinggi gunung. hahaha...takut bukan????

only 2 weeks...
pada zaman dahulu kala...
  • tidur seorang diri tanpa di temani sesiapa
  • almari baju hanya ada baju saya sahaja, orang lain nak tumpang??? no way...hahaha
  • bila gosok baju, hanya baju sendiri yang saya gosok
  • basuh baju??? mestilah baju saya sahaja yang saya basuh
  • makan pun x perlu nak hidangkan sebab boleh makan seorang diri hehehe
  • saya perlu menjaga mak dan bapa saya sahaja
pada zaman akan datang...
  • tidur sudah ada yang menemani
  • almari baju haruslah berkongsi
  • gosok baju pula sudah jadi double
  • basuh baju semakin bertambah
  • makan??? kena tunggu en.suami, tidak boleh hendak syok sendiri
  • mak dan bapa saya juga bertambah dan perlu memberi perhatian yang samarata supaya tidak berlaku berat sebelah
only 2 weeks...
segala-segalanya akan berubah, berubah kepada zaman yang akan mengajar saya erti untuk menjadi seorang dewasa yang sebenar dan sangat berdikari untuk berpijak di kaki sendiri. walaupun rasa sangat tidak sabar tapi di hati kecil ini, sesungguhnya saya sangat takut dan saya bukan lagi di bawah tanggungan mak dan abah saya, semoga bakal suami saya dapat menjaga dan mendidik saya seperti mana mak dan abah menjaga dan mendidik saya. kepada mak dan abah..kakak tetap anak mak dan abah, walaupun kakak sudah bersuami nanti, mak dan abah tetap champion no 1 di hati kakak.

Friday, 1 June 2012

akhirnya....pencarian berakhir...

mahalnya...!!!!!
ini lah ayat saya setiap kali saya pergi survey ke butik pengantin, terlalu mahal mahal dan sangat mahal. tapi apa boleh buat zaman sekarang segala-galanya memerlukan duit, nak cantik duit pun cantik hohohohoho..

bila pergi ke butik sini,
sudah berkenan dengan baju, make up pula macam tepung gomak.
bila pergi ke butik sana,
sudah berkenan dengan make up, baju pula ala-ala zaman dulu kala.
bila pergi ke butik situ,
baju memang superb, make up memang cantik, tapi kenapa pula banyak hidden charge???

hidden charge yang di kenakan sangat melampau.
contohnya, kalau nak kerusi ini, kena tambah duit, nak baju ini, kena tambah duit, nak pelamin macam ini, kena tambah duit, aiyooooo...tak akan mak andam saja nak cecah hampir setengah 10K kot??? matilah saya kalau macam gini..hohoho...tidak kahwin lah saya hehehe..

tanpa putus asa, saya meneruskan pencarian butik pengantin, kalau boleh tak nak lah terlalu mahal kerana bukan nak pakai selama-lamanya, pakai hanya untuk beberapa jam saja nanti di katakan membazir pula.
 
setelah hampir ke semua butik pengantin yang ada di town senawang saya survey, lihat, bandingkan dan menilai setiap harga yang ada di dalam package mahupun di luar package, akhirnya saya singgah ke butik yang terakhir, butik yang di nama kan ASTANA CINTA

saya mengambil beberapa hari, beberapa minggu, beberapa bulan untuk booking butik pengantin ini
bukan kerana saya seorang yang cerewet, nak yang bagus, nak yang segala-galanya perfect tapi saya cuma inginkan sesuatu yang baik dan berbaloi-baloi.

sebelum ke butik astana cinta ini, saya sudah senarai pendekkan beberapa butik pengantin yang menjadi pilihan di hati. dalam hati berkata ' kalau butik astana cinta ini pun mahal juga, aku pilih jer salah satu butik pengantin yang telah aku senarai pendek tadi '.

tanpa melengahkan masa, saya terus naik ke butik astana cinta ini, setelah melihat, berborak, membandingkan, saya rasa berpuas hati dan terus decide saya nak booking butik ini. hahahahaha. akhirnya butik astana cinta menjadi pilihan di hati.

saya pilih butik ini sebab :
  1. harga yang di tawarkan murah sedikit berbanding butik-butik pengantin yang lain. 
  2. mungkin juga saya melihat make up di butik ini cantik.
  3. baju-baju yang ada boleh tahan
  4. dan yang paling penting saya dah penat sebenarnya hehehehe

untuk membuat satu keputusan tentang di hari bersejarah saya, bukan mudah yang di sangka, bukan untuk terlalu perfect tapi ingin mencari yang terbaik dan paling penting harganya berpatutan.  akhirnya pencarian berakhir. saya sangat harapkan butik yang menjadi pilihan hati ini akan dapat bekerjasama dengan baik dan melaksanakan tugasnya dengan jayanya di majlis perkahwinan saya nanti.amin...!!

satu bab dalam listing ke gerbang perkahwinan sudah settle. banyak lagi bab-bab yang sedang menunggu. aiiiyyoooo.....bukan senang nak kahwin nie. nampak senang tapi sebenarnya tersangat lah rumit.

Monday, 14 May 2012

kenduri kendara dan segala

semalam kami semua menghadirkan diri di majlis perkahwinan ana & fadzrul di kediaman fadzrul di Puchong Perdana. actually, yang kami pergi ini adalah sebelah fadzrul. kami semua di jemput untuk hadir kedua-dua majlis sebelah ana & fadzrul. tapi kami memilih untuk pergi ke majlis sebelah fadzrul kerana sebelah ana jauh di Johor sana. tapi tidak mengapa, kerana kedua-duanya adalah kawan kami sewaktu di Kolej dulu.

ana & fadzrul akhirnya bersatu di dalam ikatan yang sah dan suci di sisi Allah swt dan agama. percintaan mereka yang di sulam dari ketika di Kolej telah membawa kejinjang pelamin. Alhamdulillah. ramai juga kawan-kawan saya yang bertemu jodoh di KPTM ( Kolej Poly-Tech Mara Bangi ). sebab itulah saya dan yang lain, mengelarkan tempat kami menimba ilmu dulu KPTM hebat. kerana tersangat hebat.

seperti biasa, bila di kenduri kahwinlah kita semua berjumpa sahabat-sahabat yang jarang kita ketemu. ramai juga kawan-kawan Kolej yang menghadirkan diri. dalam diam, saya sangat bersyukur dan memuji kawan-kawan di KPTM. kerana mereka sangat sporting, baik hati, dan bermacam-macam lagi. mereka akan cuba menghadirkan diri di majlis perkahwinan kawan-kawan mereka. jemput sahaja, pasti mereka akan datang. so, tidak perlu lagi untuk buat reunion kerana di majlis perkahwinan pun sudah boleh di anggap reunion. semoga sepakat kita kawan-kawan semua membawa berkat.

secara tidak langsung, ini lah peluang saya untuk bertemu bff yang tersayang. rasa tidak puas, rasa tidak cukup, rasa cepat masa berlalu, rasa dan rasa bermacam rasa dalam hati ini. masa sangat mencemburui saya dan bff.

bff saya yang terdiri dari mereka yang sangat becok bila bercerita, yang kecoh bila di mana-mana kami berada, yang sangat memahami bila salah seoarang di timpa masalah, sangat sharing bila dapat tahu berita sensasi dan sangat caring. love my bff so much.

mereka adalah bff-hamimah ( mimah ), bff-asikin ( ikin ), bff-siti wahidah ( wahi ), bff-suliza ( sue ), bff-siti zubaidah ( zue ), bff-ayu darlina ( kak ina ), dan bff-nor mardhiah ( madi ). ini ialah senarai nama bff saya. saja nak menunjuk hahahaha...sebenarnya semua kawan saya adalah bff saya. tapi ini adalah yang terapat. sekian...hehehe..

rasa baru sahaja berjumpa, makan dan bergosip. tiba-tiba masa sudah cukup untuk kami semua beredar dari tempat kejadian. semuanya mengeluh. kenapa sekejap sangat??? tapi nak buat macam mana, masa tidak mengizinkan kita untuk terus berlama.

sabarlah wahai korang semua, semoga Allah swt mengizinkan kita bertemu pada 16 & 17.june.2012 bertempat di Port Dickson Negeri Sembilan. tidak sabar rasanya.

sedikit paparan kenangan bersama pengantin. semalam tidak sempat untuk bergambar bersama pengantin yang betul-betul. so, kami decide bergambar saja bersama banting. hehehe...ok what...!!!

bff tersayang
dari kiri : ikin, kak ina, wahi, sue, saya, pengantin, mimah, zue dan madi


doa saya untuk ana & fadzrul, semoga korang berdua diberkati Allah swt sehingga akhir hayat korang. di murahkan rezeki dan di kurniakan anak yang soleh dan solehah. amin.



Sunday, 29 April 2012

hati yang rapuh

bila hati memberontak
bila hati menguasai kemarahan
bila hati tak tenang
bila hati mula merasakan benci
akal akan bertindak mengikut kata hati
bila ikut kata hati pasti akan mati
itu la peribahasa orang melayu

perkara ini semua tak pernah lari dari diri saya sendiri, bila marah saja, saya mula lah nak buat sesuatu tanpa berpikir panjang kerana terlalu mengikut kata hati yang sedang marah.

haiiishhh la hati nie, susah sangat nak berfikiran positif, sangat rapuh bila di beri ujian atau dugaan. bila di beri motivasi, barulah tersedar dari mimpi, tapi bila lama-lama, motivasi yang di beri berlalu begitu sahaja.

saya ingin dan terlalu inginkan hati yang bersih dan suci. 
boleh ke saya memiliki hati seperti itu???? 
mesti boleh kan bila kita sentiasa memaafkan kesalahan orang, berfikiran positif, jauhi hasrat dengki, cemburu, dendam, dan marah.
saya akan cuba...!!!
bila hati kita bersih, kita akan terhindar dari melakukan perkara yang buruk atau jahat.

saya sangat suka lagu ini, lagu ini sedikit sebanyak memberi motivasi pada hati saya yang rapuh ini. sesungguhnya saya hamba yang tak pernah lari dari melakukan kesilapan, saya hamba yang sangat lemah.


detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka
tangis dan tawa
tergores bagai lukisan
seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidupku
meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa hanyalah padaMu
maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

lagu : rapuh
penyanyi : opick

maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMu, dalam dadaku harap hanya  
DIRIMU YANG BERTAHTA..!!!!!!!

Tuesday, 24 April 2012

besday my yayang vs 1st anniversary for engagement..!!!

hari ini hari yang sangat istimewa bagi saya kerana ada 2 perkara penting yang berlaku pada tarikh ini 24.04.2012 yang berlainan waktu tahun dan hari iaitu besday my yayang dan hari di mana saya menjadi tunang kepada my yayang..hehehe..!!! senang sikit saya nak ingat anniversary dan besday en.tunang. maklumlah saya nie pelupa sikit huhuhu. so...bila ingat besday en.tunang ingat anniversary for engagement, bila ingat anniversary for engagement haruslah saya ingat besday en.tunang hohoho...!! bijak bukan???? hehehehe...

malam tadi saya keluar bersama en.tunang untuk meraikan hari yang bersejarah ini. pada mulanya saya yang nak belanja en.tunang makan sebab besday boy, tapi sudah terbalik pula bila en.tunang yang belanja saya makan. kata en.tunang " awak simpan duit awak tue, jangan membazir " hohohohohooooo...baik sungguh hati en.tunang saya nie. so..tak jadi saya nak belanja en.tunang. saya cuma memberi hadiah hari jadinya sahaja. ok la..saya ingin nyanyikan lagu hari jadi untuk en.tunang....

hepi besday to you..!!
hepi besday to you..!!
hepi besday to my yayang...!!!!
hepi besday to you..!!

wish from me..!!!
semoga awak di murahkan rezeki
semoga awak di berkati oleh Allah swt
semoga awak berjaya dalam hidup di dunia dan di akhirat
semoga awak menjadi anak dan menantu ( insyaAllah pada 7.10.2012 ) yang soleh
semoga awak di beri yang terbaik dalam hidup ini
amin..!!

 and

1st anniversay for engagement kita..!!!! :-)

wish from me...!!!
semoga hubungan kita di berkati dan di redhai Allah swt di dunia dan di akhirat
semoga hubungan kita kekal hingga akhir hayat
semoga hubungan kita di penuhi dengan rasa cinta, kasih sayang yang melimpah ruah
semoga awak menjadi suami yang terbaik untuk orang supaya dapat membimbing orang ke jalan yang Allah swt redhai 
semoga awak sabar dalam mendidik orang nanti...
amin...!!

Alhamdulillah....!!!
sangat sangat sangat bersyukur dengan limpahan kasih sayang dari orang-orang sekeliling untuk diri saya yang sangat kerdil di sisi Allah swt. semoga kasih sayang yang saya miliki sekarang ini akan kekal hingga ke akhir hayat saya. amin...

Friday, 13 April 2012

interview again

semalam sedang sibuk-sibuk dengan kerja sendiri di meja sendiri di office sendiri, tiba-tiba siti bagi tahu di CIMB bank ada walk in interview bertempat di KL. pada mulanya macam malas nak pergi sebab post yang di tawarkan tue BDC sales executive - foreign exchange. actually tak berapa faham sangat dengan tugasan sebagai BDC sales executive nie.

alo........tak kan sales lagi?????
kenapa la career saya nie tak boleh lari dari sales???
kenapa bila kosong je sales??? bila sales je kosong???
kenapa job yang di tawarkan mesti sales???
kenapa tak processing ke? operation ke? manager ke?? hehehe sempat lagi berangan...
kenapa..kenapa...dan kenapa ek???? hehehe

pada mulanya memang tak nak pergi...
sebab masa siti bagi tahu pun jam sudah menunjukkan ke angka 12.00pm
sedangkan interview bermula pada pukul 9.00am sehingga pukul 4.00pm
sempat ke nak sampai before pukul 4.00pm???
tapi bila siti ajak teman jugak dia pergi, saya pun dengan sendiri terbuka hati untuk mencuba. mana la tahu dapat kan..hehehe..
so...dengan keputusan yang di buat tak sampai beberapa jam, saya dan siti pun bertolak dari seremban menaiki bas suasana edaran. masa tue jam menunjukkan pukul 1.00pm.

akhirnya kami sampai juga di KL tepat pada masanya, dengan hati yang berdebar-debar kami teruskan perjalanan. 
macam biasa bila interview nie haruslah mengisi borang dan menunggu itu adalah harus hehehe
hati saya ketika ini tidak berasa takut sangat, maybe ini walk in interview. wah....macam poyo je bunyi kan??? hahaha..tapi ini la yang saya rasa berbanding dengan interview yang company panggil direct terus pada saya.

tunggu punya tunggu, akhirnya saya di panggil juga
hahahaha.....macam biasa saya punya english not soooooo gooooood..huhuhu sadis bukan????
so haruslah saya merepek di dalam bilik interview tue. bercakap in english bercampurkan versi melayu hahahaha.....

saya memang tidak berharap sangat kerana saya sedar akan diri ini kerana bila saya keluar sahaja saya tidak terpilih untuk pergi ke second interview..
so..di sini saya sudah tahu bagaimana kedudukan saya hehehe
walau apa pun yang berlaku, saya tetap bersyukur kerana di beri peluang untuk menghadirkan diri interview di CIMB bank...
sekurang-kurangnya saya mendapat ilmu dan boleh menambahkan pengalaman walaupun tidak terpilih untuk berkhidmat dengan CIMB bank

Saturday, 7 April 2012

sori bos...I'm failed :-(

sob..sob..sob...
pada 31.march.2012 tamat la sudah THE FINANCIAL YEAR 2011 for AmBank dan juga diri saya sendiri. bila cerita tentang financial year nie, mesti semua orang tahu bahawa masa untuk mengira untung dan rugi sepanjang tahun. saya tidak lah terlibat untuk mengira untung atau rugi tapi saya terlibat dalam menyumbangkan keuntungan pada bank because of saya adalah the sales person hohohoho... :-)

sori bos...
I'm failed :-(
saya tersangat sedih kerana tidak dapat buat yang terbaik untuk company, region, diri sendiri dan juga bos saya. as a bos, mestilah bos saya mengharapkan kejayaan pada staffs dia sendiri. tapi saya bukan bagi kejayaan pada bos sebaliknya kegagalan. saya tahu bos kecewa, marah, geram, sakit hati dan bermacam-macam perasaan yang bos rasa, tapi bos tidak pernah marah, herdik, jerit-jerit dekat saya walaupun saya gagal. bos saya sangat baik, beruntung saya memiliki bos sebagai bos saya. tapi percaya lah bos saya dah cuba yang terbaik untuk bos. tapi saya masih gagal..!!!! aaarrrrrggghhhhhh...!!!!

sori bos....
I'm failed again :-(
semalam ketika meeting, saya lihat wajah bos begitu sedih dan kecewa dengan prestasi staffs bos sendiri. saya yang pada mulanya ketawa, sempat bergurau dan bergosip tiba-tiba tersentuh bila bos menceritakan apa yang bos lalui ketika meeting di KL baru-baru ini. biasalah selain mengira untung dan rugi, company atau manager yang lain sedang sibuk meletakkan target yang baru untuk financial for the year 2012. sedih bukan???? baru sahaja close dah open balik sob..sob..tapi saya dapat rasakan yang bos mesti begitu malu mempunyai staffs seperti saya. alahai bos.....kesiannya bos saya..mesti bos malu dengan figure yang staffs bos bagi sepanjang tahun 2011.

sori bos...
I'm failed :-(
semalam selesai sahaja meeting, bos menjemput branch manager Munsyi Abdullah iaitu en.faizal untuk memberi motivation pada kami semua. macam-macam yang en.faizal nasihatkan, ceritakan, gambarkan kepada saya dan rakan-rakan untuk jangan putus asa dan terus berusaha kerana tiada siapa yang boleh mengubah nasib diri sendiri melainkan saya sendiri. apa yang di beri tahu oleh en.faizal saya simpan terus dalam hati. terasa begitu semangat untuk berjaya. syabas en.faizal kerana anda telah pun berjaya..!! saya bangga dan secara tidak langsung saya ingin menjadi macam en.faizal suatu hari nanti bila saya telah menjadi manager..amin...

sedikit kata-kata nasihat dari en.faizal :
  • thinking out of box
  • jangan jadi macam katak bawah cermin kaca
  • sebagai sales person mesti ada ini " After Sale services "
  • cari seberapa banyak net working
  • hargai customers seperti mengahantarkan kad ucapan selamat hari jadi atau kad perayaan
  • no excuse, no reason, no complain
selepas en.faizal memberi motivasi, en.nazri semail sebagai area sales manager untuk lending product juga turut memberi kata-kata semangat pada kami semua.

sedikit kata-kata semangat dari en.nazri semail : 
  • berusaha. berdoa dan bertawakal
terima kasih banyak-banyak kerana sudi memberi kata-kata perangsang, semangat, nasihat dan memberi tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan. saya akan jadikan kata-kata hikmah ini sebagai satu langkah untuk saya berjaya.

sori bos....
I'm failed failed and failed :-(
bos....setiap hari yang saya lalui saya sentiasa fikirkan bos...
mesti bos sedih bila saya tidak melakukan kerja dengan baik
mesti bos kecewa bila tahu saya tidak melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh
mesti bos marah bila tahu saya mengulau ( curi tulang ) hehehehe
mesti bos gembira bila saya ada submission hari nie
mesti bos bangga sebab hari ini saya dari pagi sehingga petang bekerja
mesti mesti mesti dan mesti bos bangga bila saya berjaya

seperti mana saya yang bercita-cita ingin menjadi manager suatu hari nanti tiba-tiba jadi takut dan patah semangat kerana sekarang nie saya telah mengecewakan bos saya, mana tahu nanti bila saya sudah jadi manager, staffs saya pula yang mengecewakan saya...sob..sob..sob..

bos....
saya akan berusaha lebih berlipat kali ganda dari usaha sekarang untuk menjadi yang terbaik. saya juga bercita-cita untuk mendapat permanent staff pada tahun ini. saya akan beri bos figure yang boleh bos banggakan pada region-region yang lain.

maafkan saya bos... :-(